Rakaman Video Jil4t Dinding: “Tempat Lain Yang Dialas…Tempat Lain Yang Dijil4t!”- Bila Umie Aida Dirasuk

Rakaman Video Jil4t Dinding: “Tempat Lain Yang Dialas…Tempat Lain Yang Dijil4t!”- Bila Umie Aida Dirasuk

 

 

Teraju utama filem Dukun, Datin Seri Umie Aida mengakui tidak sedar dia menjilat dinding Penjara Pudu yang tidak dialas, ketika melakonkan babak tersebut.

Umie ketika ditemui Astro Gempak berkata, sebelum babak tersebut bermula, pengarah Dain Said sudah memaklumkan supaya dia menjilat dinding yang dialas kertas minyak.

“Tapi, bila pengarah jerit “action” saya terus lupa diri! Lain tempat dialas, lain tempat yang dijilat!

“Jangan tanya macammana rasa dinding Penjara Pudu sebab bila saya dirasuk dan roh lakonan dah masuk dalam badan, semua saya langgar!”, katanya ketawa.

Ketika ditanya babak mana yang paling mencabar, Umie memberitahu, di dalam sel adalah yang paling menguji dirinya.

“Bayangkan, ketika ‘menurun’ dalam penjara saya terpaksa duduk di atas adik saya Betty kerana babak tersebut saya ‘pinjam’ kaki Betty!

“Sakit pinggang tau, kerana bukan mudah untuk menjayakannya. Betty juga belerja keras kerana terpaksa bergerak dalam keadaan baring sedang saya berada di atas badan dia.

“Sudahlah begitu, saya terpaksa lawan fobia terhadap ular demi menjayakan watak Dahlia Dahlan, seorang wanita yang mengamalkan ilmu hitam.

“Satu pengalaman baru buat saya kerana seawal jam pagi kami sudah memulakan penggambaran di Penjara Pudu,” katanya.

Dalam pada itu, Umie sempat menyatakan rasa kesalnya terhadap individu yang telah membuat penilaian awal filem Dukun tanpa menonton terlebih dahulu.

“Saya sangat sedih mereka bercakap tapi tak tengok pun lagi filem ini.

“Saya lagi sedih kalau yang bercakap itu adalah kawan saya,” ujarnya.

Terdahulu, ada pihak mempertikaikan klasifikasi diberikan kepada filem Dukun yang dikatakan boleh memberi kesan negatif kepada penonton di bawah 18 tahun.

Mereka turut mempersoalkan tentang filem ini yang dikatakan boleh merosakkan akidah anak muda dan tidak sesuai ditayangkan.

 

Dukun sudah mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula hari ini, 5 April 2018.

Sumber : Kakibual2u.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*